Nuff2

Sunday, February 6, 2011

Hotel Terseram di Dunia Part 1

Hotel dan chalet sering menjadi tempat 'persinggahan' makhluk serta entiti dari alam lain.Kebanyakan aktiviti paranormal di hotel sering dikaitkan dengan bunyi yang menyeramkan,aktiviti 'poltergeist' seperti goncangan katil,pintu tertutup serta terbuka sendiri dan pelbagai lagi kejadian aneh.Jom tinjau sebahagian hotel terseram di dunia..


1. Crescent Hotel

Dibina pada tahun 1886,hotel ini pernah dijadikan pusat rawatan pesakit kanser dan juga kolej.Setelah terbiar lama hingga tahun 1940,hotel ini diubahsuai semula.Semenjak terbiar lama,kematian yang banyak berlaku semasa hotel ini berfungsi sebagai pusat rawatan kanser menyebabkan ramai pekerja hotel terserempak bayangan pesakit yang sering berselisih dengan mereka di lobi hotel.2 entiti yang terkenal di hotel ini adalah kelibat warga tua yang sering dilihat berjalan jalan di koridor ke bilik hotel dan kelibat budak lelaki berumur 7 tahun yang sering mengubah kedudukan alatan memasak di dapur hotel ini.

Bilik 218 merupakan bilik ter'keras' di hotel ini kerana dipercayai dihantui oleh entiti dengan nama Michael iaitu seorang pemotong batu yang ditemui mati terjatuh dari tingkat atas dan mendarat di bilik ini.Terdapat laporan alatan video dan elektronik di hotel ini sering tertutup sendiri dan lampu serta kipas sering terbuka dan tertutup dengan sendirinya.Dilabelkan sebagai hotel terseram di Arkansas dan masih dihantui hingga kini..BRRRRR!!



2. Queen Mary Hotel


Terletak di Long Beach, California hotel ini merupakan sebuah KAPAL BESAR yang amat menarik designnya.Dengan 365 bilik dan bertaraf 3 bintang hotel ini lebih banyak menyimpan legenda paranormal yang tersendiri.Entiti yang terkenal di atas kapal ini adalah kelibat dua orang gadis di Kolam Renang Kelas Pertama hotel ini di mana dilaporkan kedua-dua gadis tersebut dipercayai maut di situ akibat lemas.Queen's Salon iaiatu salaon di atas kapal ini pula sering menjadi tempat 'lepak' entiti gadis berbaju putih.Di sebahagian tempat dalam kapal ini juga, pekerja sering terlihat kelibat seorang lelaki berpakaian ala2 bangsawan Inggeris zaman 30 an,bunyi ketukan di dinding dan kelibat seorang budak berlari-lari di koridor hotel.

Dapur kapal pula sering 'dihiasi' dengan bunyi jeritan seorang lelaki yang dipercayai dibakar hidup-hidup dalam oven dapur tersebut semasa Perang Dunia Kedua.Kapal Queen's Mary telah meragut hampir 50 nyawa sejak mula dibuka dan roh mereka ini masih dilihat berkeliaran dalam kapal ini..Ok,FINE...sudah mula seram sowang2..lalala


3. Lizzie Borden Bed and Breakfast


Dibina sebagai rumah untuk didiami oleh 2 keluarga dan dibeli oleh Andrew J.Borden.Rumah ini mula menunjukkan aktiviti paranormal setelah Lizzie Borden membunuh ayah dan ibu tirinya di rumah ini.Setelah dihukum mati, bayangan dan kelibat mereka dalam rumah ini sering dilihat oleh mereka yang datang menginap di sini.Lampu dan peralatan elektrik di sini sering tertutup dan terbuka dan dapur rumah ini sering menjadi tempat lepak wajib entiti yang menghuni rumah ini.Kerap pengunjung yang datang menginap bermimpikan Lizzie Borden dan diganggu dalam tidur mereka.PERGH!!!seram tetiba(entri nie ditulis kol 3 pagi sorang-sorang dalam bilik...)dah la..nak tidur...huhu...X-12 akan sambung semula reviu nie dalam entri2 lain lak...=)

6 comments:

  1. ngeh2.sape soh tulis camne kan da seram heheheheheheh

    ReplyDelete
  2. nape x tutup je hotel tu.. uhuhu... tolong wat pendinding tok dyeorg la.. hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah ke kena ganggu ke atau ape2 ke masa buat n3 yang seram2 cam ni. Kalau akak..., tak taule...

    ReplyDelete
  4. izzatul>ntah..tetibe je dtg perasaan seram 2...


    cik ana> haha..sya bkan bomohh...pendinding pun xguna cos dah dekat 100 tahun benda nie berlaku..

    hidayati> semalam kena ganggu..rasa cam ada benda menjalar kat kaki..tapi xde pon...seram..masa g bilik air pun kena kacau gak..=.="

    ReplyDelete
  5. masih kalah seram dengan hantu2 asli Indonesia kayak pocong, kuntilanak, sundel bolong, dll......

    ReplyDelete
  6. kena datang tido kt sume hotel nie...hehe

    ReplyDelete